kau ingat kau tu DORAEMON boleh guna mesin masa nak patah balik zaman silam??(sila tekan ini)

Tuesday, July 31, 2012

DATUK LEE CHONG WEI MENANG :)

Assalamualaikum wbt.

kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang..

haa..ni mak jemah nak cerita nih...hahaha
(bila pulak mak jemah dapat forum kat blog aku)
okey, yang pastinya aku nak cerita pasal atlet harapan negara kitalah iaitu seperti tajuk di atas..


aku kalau bab-bab sukan yang berkaitan MALAYSIA memang aku semangat..walaupun HARIMAU MALAYA kalah malam tadi lawan dengan MANCHESTER CITY 3-1..tapi ada juga gol yang dihasilkan..
I tabik uolls!

puihh!!
apahal masuk bola..aahhh..



sebenarnya aku punya semangat nak tengok DLCW main badminton dekat olimpik sampai tidur depan TV dan kunci jam pukul 3.00 pagi lagi tau..
DLCW menang ke atas VILLE LANG 21-8,14-21,21-11
aku nak tengok juga game ni sebab KOO KIEN KIAT & TAN BOON HEONG main aku tak tengok..
tapi aku bangun pukul 3.30 pagi dan cuba teka..

YA AKU TIDUR BALIK..-.-"

bila aku sedar masa nak sahur dalam pukul 4.50 pagi, aku bangun tanpa membuang tahi mata yang bertimbun terus ambil remote control dan tekan TV2..
yeah!!DLCW in action..hahahaha
tapi masa tu dia tengah kalah game kedua..hati aku gila dup dap dup dap..
apa lagi aku ambil nasi makan depan TV.
(jangan tiru aksi ini, sangat tidak bagus untuk dicontohi)

sambil kunyah nasi berlaukkan ayam masak lemak..(liat gila ayam tuh-.-)
aku macam nak jerit je bila masuk perlawanan penentuan...
gila gabra woo!!
tolonglah menang..tolonglah menang..kau harapan negara kot..
tak kan nak kalah kat player FINLAND yang aku tak pernah dengar pun nama dia sebelum nih..

akhirnya DLCW membuktikan dan seterusnya menafikan harapan VILLE LANG untuk menang..
yeah!!!!!!!!!

bila habis game tuh, aku macam terkejut gila tengok crowd kat OLIMPIK LONDON 2012 nih..
gila supportive wa cakap kat luh..
diaorang siap bangun dan tepuk tangan ramai-ramai sebagai tanda kekaguman dekat persembahan DLCW.


tidak ketinggalan kemaraan pemanah perseorangan negara KHAIRUL ANWAR MOHAMAD yang menentang pemain CHINA dengan persaingan yang amat sengit dan seri pada satu ketika dengan 5-5 sebelum KAM memanah dengan 9point dan akhirnya layak untuk ke pusingan seterusnya.

(untuk pengetahun DLCW telah diletakkan sebagai pilihan pertama untuk OLIMPIK kali nih dan aku sangat pelik asal si LIN DAN tak di target untuk pingat emas walhal dia pemain nombor satu dunia, tapi aku apa lagi memang rasa macam gila gempak DLCW. Walaupun injured dan dah turun takhta still dipilih sebagai yang teratas untuk menang pingat emas)

kalau nak tau perlawanan yang atlet-atlet MALAYSIA yang akan beraksi..sila klik link dibawah ini:
http://thelondon2012.blogspot.com/
http://portalsukan.com

to be continue
Assalamualaikum:)

1 comment:

  1. NAK DUIT SEGERA??
    NAK DUIT LEBIH??

    KUNJUNGI LAMAN WEB KAMI!

    http://www.rm20segera.com/?r=rain90

    PASTI TAK MENYESAL!!

    ReplyDelete