kau ingat kau tu DORAEMON boleh guna mesin masa nak patah balik zaman silam??(sila tekan ini)

Friday, June 1, 2012

HARI BELIA 2012 PUTRAJAYA (PART1)

Assalamualaikum wbt.
kalau tak jawab dosa..kalau jawab sayang:)

okey berbalik kepada topik yang aku nak cerita dan luahkan kepada perokok-perokok pembaca-pembaca tegar aku..

sebenarnya post kali nih dah beberapa kali telah aku jadikan sebagai draft semata...kerana ada sahaja gangguan yang melanda sama ada di dalam kawasan atau di luar kawasan liputan..
dan akhirnya terpost jugak post aku di blogspot.com ini..
pada 25.06.2012 yang lalu aku telah merantau sekali lagi ke PUTRAJAYA seperti yang telah tertera tajuknya di atas..

dalam pukul 7.30a.m. dari rumah sambil dipandu laju oleh abahku dengan menggunakan Innova..
dan sampai di KTMB TANJONG MALIM around 7.45..tengok2  tren dah tebongkang tak bergerak dekat landasan ke 3..
dengan buat gaya ala-ala watlekwatpeace..aku beli tiket kat pakcik kaunter..

"KL SENTRAL satu pakcik!"
"pegi mana dik??"
"KL SENTRAL PAKCIK..:)"
"okey2"

nasib hari masih pagi..tidak dah lama aku mengamuk dekat kaunter KTMB tuh..HAHAHA
then, terpaksa mendaki tangga terlebih dahulu dan menuruni tangga lagi untuk sampai ke landasan ke tiga..
(kesian dekat makcik2 & pakcik2 yang tak bermaya...apalah KTMB nih)

dan untuk sampai ke KL SENTRAL, anda terpaksa menukar tren di RAWANG ye..
aku tertidur...nasib terjaga dekat rawang tuh...dan aku orang yang last turun dari tren..apakah??
nasib tak patah balik ke TANJONG MALIM...ghee;)

akhirnya sampai di KL SENTRAL dalam pukul 9.40a.m.
dan aku telah membuat tawaf sebanyak 2 kali dekat KL SENTRAL sambil terlanggar-langar bahu orang lain..aishhh...aku dah blur..macam mana nak pergi PUTRAJAYA nih??
tetiba ternampak sign board kaunter pertanyaan..nak pergi ke tak..ermmm..pergi jelah tanya..
sampai je tengok akak kaunter tuh tengah borak-brek dengan abang polis yang jaga kawasan tu..
(tak perasan pulak abang polis tu HANDSOME ke tak)
lantak situ lah kan..dan bermula lah perbualan singkat antara dua makhluk yang tak mengenali antara satu sama lain..

"kak..nak pergi putrajaya macam mana??"
"jalan terus pergi kiri...."
"hah??"
"adik jalan terus dan ambil kiri..dekat kaunter KLIA TRANSIT"
"KLIA TRANSIT ye kak??"
"aah..KLIA TRANSIT"

HAHAHAHAHA..aku saja je tanya macam orang yang tak paham sebab nak ganggu sesi ngorat akak tu dengan abang polis..HAHAHA..
then, tanpa membuang oksigen lagi..aku terus beli tiket di kaunter...
turun tapi boleh pulak enskelator rosak??apakah KL SENTRAL ini???
lepas habis menuruni anak tangga tengok2 satu makhluk pun takde kat situ..ni yang suspended tak kene waktu pulak kan cerita dia..takpe aku cool lagi..then ada lah sorang laki india nih datang kat aku...aku dah macam..APEHAL DOE KAU DEKAT-DEKAT NGAN AKU??

"sorry, ni tren pergi PUTRAJAYA ke??"
"oh, saya pun tak tau.."
"hah..okey..terima kasih ya:)"

lepas tuh ada pulak sorang perempuan india yang datang kat aku jugak..ingat aku kaunter pertanyaan ke wei!!

"hai tumpang tanya..ni tempat tunggu tren pergi PUTRAJAYA ke??"
"haha..saya pun tengah confused ni betul ke tak"
"oh really!okey..thank you ya.."


ni tiket KLIA TRANSIT ke PUTRAJAYA

then,aku tunggu dalam 20 minit tren pun sampai..laju siot..dah macam unifi aku tengok..HAHAHA..
aku duduk kat seat yg couple tapi hadap cermin macam dalam gambar dekat bawah nih..


btw,tu botol air aku yang warna biru..harap maklum:)
dan itu kasut aku juga ye...HAHAHA

masa dalam tren ada satu group JAPANESE nih kat belakang aku memang bercakap je keje dia..dalam hati aku masa tu alangkah baiknya kalau aku faham apa yang dia orang gossip kan..aisehman..

aku sampai dekat PUTRAJAYA dalam 22 minit..siap kira kau nak tulis dalam blog punya pasal...10.22a.m. aku sampai:)

KAUNTER KELUAR


kosong kan??tak ramai orang macam kat KL SENTRAL..

sambil2 tunggu NAJWA NABILAH dan mamanya mengambil aku...aku telah membuat cuti-cuti PUTRAJAYA kejap dekat kawasan tuh..orang yang ada kat situ punya pandang pelik kat aku yang tengah snap gambar banyak2..apa pelik sangat ke tengok orang tangkap gambar??


ni ialah PERHENTIAN RAPID tak silap aku..senang cerita BAS PUNYA KAWASAN lah..

sambil2 tunggu tuh jugak aku baca novel BI untuk kali pertamanya dalam tahun 2012 ni..HAHAHAHA:)
then, NAJWA NABILAH mengecall saya..

"DIMANA YA KAMU??"
"okey2..aku datang"

dah habis semua salam2..kami pergi ke JABATAN PENDAFTARAN NEGARA..

"nak buat apa biela??"
"ambil i/c aku"
"kau buat baru ke??gila best!
"terpaksa wei, cip aku rosak..takleh nak buka akuan"
"ooo..."

dan sekali lagi enskelator rosak dekat JPN tuh..aisehman..apehal lah dengan MALAYSIA ni??HAHA:)
aku tunggu biela dan sempat juga bersnap-snap gambar dekat situ ya...ada aku kesah orang nak ckp apa??


then again and again, kami pegi BANK MUAMALAT sebab BIELA buka akaun..makan NASI AYAM, pegi ekspo JUMAAT dan biela telah beli 2 pasang baju kurung(untunglah)...
mama biela drop kami dekat tepi jalan dekat2 ALAMANDA PUTRAJAYA..
biela belanja wayang okey..


this film...aku memang nak tengok sebenarnya..kebetulan biela cakap taknak cerita musikal..
(dah kat dalam panggung baru dia tau yang ni filem musikal juga..HAHAHA..nasib kau lah biela)


tak ramai yang ada kat dalam panggung..kata hari JUMAAT..cuma ada 2 orang sahaja lelaki..
(aku tak tau lah mamat2 tuh SOLAT JUMAAT ke tak)
dan tidak bernasib baik..mamat dua orang itu telah duduk di sebelah biela..dan biela beralih tempat ke sebelah kanan saya..
(kau nak terasa??ada kami kesah der~)
dan semua yang berada dalam panggung tersebut tergelak dan menangis dengan dasyatnya semasa menonton filem tersebut..
GILA BEST WA CAKAP LU!


dan..dan..dan..
makan aiskrim sambil depan kita orang ada couple yang gedik2..
aku pandang biela..biela pandang aku...
"aku hempuk baru tau!"kata aku kpd biela.
"tau takpe, aku pun rasa macam tuh"biela membalas.


dah habis semua..kami balik rumah nenek biela di PANTAI DALAM..mandi, makan(makan kat dalam bilik..biela suruh), dan aku test main chord untuk gitar...surrender aku nak belajar..tapi untuk malam tu je lah..usha2 majalah sekolah..lawa doe gambar kelas..tapi gambar candid kecik sangat..tambahan lagi..biela dan aku rasa..gambar formal dan candid kelas 5 USAHA 2011 yang paling gempak dan smart..:)


akuamatrindusemuabudakkelas5usaha2011walaupunakuselaludisisihkanolehkorangtanpasedardanakuselalumenyisihkandiridisebabkantawarhatiyangmengada-ngadakeranasaja-sajanakmenggedikhahajanganmarahya:)

part2 akan menyusul
wassalam:)

4 comments:

  1. bapak panjang entri ko hahaa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun rasa macam tuh..tu yang lama aku draft benda alah nih..ahha;)

      Delete
  2. ya ALLAh !mcm2 ar ko nh gahaa~ :P

    ReplyDelete